About Me

My photo
i'll do everything to be happy , i'll be with everyone who make me smile , i'll laugh as much as i breathe and once i love someone , i'll love him as long as i live . well , hell yes , that's me . so , welcome to my world.

Wednesday, December 7

20 things perempuan meluat ng lelaki.

okeee, post kali ney tade kene mengena dah dengan aku. yelaa, bosan sudah asyik update update sedih sedih bagai. hahaa. so, today, i update khas tuk gegirl n boboy kat luar sane just to give you guys some information yg aku jumpe time busy dok selak selak REMAJA tahun bilaa tah. heeee.
well, lets start. :)

1. meninggikan suara
actually, girls hate when they are being scolded without no reason. okee, kitorang taw laa suare korang tu 'macho' tapi ta patut rasanya kalau korang nak tinggikan suara ta tentu pasal hanya sebab EGO. know what, inilah antara kelemahan kaum LELAKI, suke meninggikan suara walaupun pasangannya TIDAK BERSALAH.

2. mengongkong
part ney, aku admit sikit laa. ta semua perempuan ta suke dikongkong but well, ta sumee perempuan juga suke dikongkong. kalau dikongkong kena pada mase dan waktunyaa kire oke laa kan. (syukur alhamdulillah, bf aku ta macam ney. hahaa.) 
ini tahap cipan punyee teruk, ; itu ta boleh, ini ta boleh, sikit sikit pown nak control, nk pegi mane bagitau, kadang kadang sampai nak berpakaian pown korang yg tentukan. aduhhh, jenuhh jugak tu uolss ! hahaa. korang pown mesti akan melenting kalau girl korang byk tanyee, kongkong sane sini kan kan kan ? camnoo tu jang oii ? :D

3. cemburu buta
heee. part ney favorite. cemburu tu memang laa tandanyee sayang, tapi kalau dah cemburu ta tentu pasal and memanjang pula mcm drama petang petang kat tv3 tu kan, auwww makk ta rela nyahhhhh ! hahaa.
kalau sekali sekala nk cemburu tu ta salah, and kadang kadang kitorang sukee juga tengok muke cute korang tu bilee cemburu, tapi tolonglahh, cemburu biar bertempat owkeyy sayang sayang ? (:

4. panas baran
aduiii, ney sgt sgt masalah okee. untuk lelaki yg panas baran ney, bawak bawak laa cooldown. bukan apee, perangai korang ney seriously boleh buat awek korang fobia kowt. silap silap boleh kurus awek korang takowt punyee pasal. hahaa. sebenarnyee, setakat kena tengking tu okee lagi tw, kitorang ney still kebal and kental lagi rasenyee (walaupun hakikatttt, hahaa.) tapi cmnee pula kalau dah sampai tahap naik sepak terajang bagai tu kan ? ishh, bukan kee dah dayus namenyee tu pukul kaum yg lemah macam kitorang. cube bawak bertumbuk ng the rock kee, baru laa buku bertemu ruas katanyee. ;D
kalau dah ta bolee kawal sgt panas baran korang tu, tayahlaa bercintaa ehhh banggg. rosak anak orang !

5. kaki merokok
ini satu lagi sifat lelaki yang melemaskan kaum wanita. asyik berasap sane sini, hembus sane sini. ta besh tw taa sygg ? ish ish ish. kadang kadang kalau awek korang tegur tu, tandenyee diorang tu syg kat korang and diorang tanak korang saket, ade faham ? lagipun, membazir laa guysss. dari beli rokok tu baik korang simpan duit bawak kitorang poegi shopping kee. sedap sikit kan. ;D
korang sendiri dah sedia maklum kan, effect secondhand smoker tu lagi teruk dari effect kat korang yg merokok ney. kot yee pown ta syg kitorang, tayah laa gune 'killing me softly' sgt kan. mehh amek pisau tikam sampai mati jewp. 

6. ego
well, keegoan dan lelaki memang ta dapat dipisahkan. but sometimes, lelaki jadikan ego diorang tu sebagai alasan untuk diorang ignore terus pasangan diorang. babeee, ta salah kalau nk mempamerkan ego korang tu, but seriously, biarlaa kena pade tempatnyee. 

7. suke cuci mata
kebanyakan lelaki memang susah sgt nk kawal mata diorang. lagi lagi pula bile yang lalu depan tu awek sexy maxi habess dan yang penting cun dari awek korang. kadang kadang sampai ternganga pula mulut tu, kalau ditadah baldi kat bawah dah penuh agaknyee air liur meleleh. hahaa. goshh, come on laa guys, dah ade awek tu buat laa cara dah ade awek, jage hati diorang okee.

8.  pengotor
ada segelintir lelaki yang totally memang pengotor tapi diorang ta sedar perangai diorang ney. (segelintir okee, ta semua). emm, especially bab bab meludah atau membuang kahak merata rata tu. euwwww, grossssssss gilaaa. ta cukup ng tu, ade jugak yg ta basuh seluar kdg kdg smpai berbulan bulan, pakai baju yg same berulang kali dengan alasan 'baju n seluar jeans ta bolee basuh selalu, nati cepat rosak'. ta masuk akal isn't it ?
lagi pengotor yg ta pakai deodorant dan mcm mcm lagi sampai badan dah bau mamak tebar roti canai bagai kan. aduhh, sian awek korang wehh, ta kee dye rase cm kapel ng bangla yg naik bas tu ? perghhhh, bau ! 

9. tidak tahu menghargai
susah nk jumpe lelaki yg menghargai perasaan atau perbuatan pasangannyee. ada juga yg berpura pura ta ambil tahu walaupun diorang sedar bende tu. ish, ego lagi kan ? kadang kadang, perasan atau tak, korang ney saje wat wat tataw even awek korang dah tunjuk terang terangan. kalau berkias kias tu alamatnyee lagilaa buat tataw kn. guys, ape salahnyee kalau just for once, hargai lah awek korang walaupun diorang bagi korang hadiah kecik kecik jewp. 'THANKS' pown dah cukup sangat dah sebenarnyee. 

10. pentingkan kawan kawan lebih dari segalanya
last but not least, yes ade juga lelaki yg sanggup batalkan temujanji yg dah berminggu minggu rancang ng awek diorang just sebab member ajak lepak, tengok bola, main bola, tengok wrestling bagai. just sebab taknak member bahan bahan korang 'mat jambu' laa, 'mat takut bini' laa. aiyooooo, korang korang.
lelaki juga selalu lebihkan kawan kawan dalam banyak hal.
sekali sekala tu ta salah sebenaenyee. semua orang boleh terima, tapi kalau dah sampai selalu sangat sampai tade mase langsung dengan awek korang, baik tayah bercinta macam tu kn ? kalau ade masalah pula, lagi senang cari kawan kawan untuk story mory dengan alasan tak sesuai nk citee kat pasanagan korang. ape bende tu wehh ? 



so, itulah sedikit sebanyak yang aku boleh kongsikan kat sini. huhuu. sebenarnyee, ta semua lelaki cmtu. tapi tu laa mcm aku ckp kat atas ney, SEGELINTIR. jangan laa pula ade lepas ney ta puas hati ng aku sebab bende common ney kn. heeee. habes kene pukul pulaa. hahaha.
tadelaa, just nk share information. so that lelaki yg ade perangai perangai yg aku sebut kat atas ney, try laa berubah utk kebahagiaan korang. chowwww. :D





Monday, November 21

senyumlah walaupun disakiti (;



kadangkala kita senyum hanya sekadar untuk menutup kelukaan di hati.
 dan kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri.
adakalanya kita melangkah penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah,
bila menangis tiada siapa yang tahu semua nya kerana maruah diri.

walau siapa pun kita, walau di mana kita berada, 
ingatlah, langit tetap dijunjung, tanah tetap dipijak.
selagi hidup, teruskanlah melangkah dan jangan sesekali kesal dengan nasib diri kita kerana kita adalah sebahagian dari makhluk Allah yang sedang terpilih melalui ujianNya.

let go of the hate, forget all of the pain. after all, it won't help you. 
it just twisted you into someone you don't recognize. and surely you don't want to keep it that way do you ?


senyumlah, walaupun dirimu disakiti (;

Thursday, November 17

THE GIRL. . .


 just because she comes off strong, it doesn't mean she didn't fall asleep crying.
even though she acts like nothing's wrong, maybe she's just really good at acting

on the surface, she was still a happy girl.
but those who criticize her never saw her as who she are,
when she cry like a baby because she often felt herself so inadequate.
but now, she's been crying again. she doesn't mean to.
and she doesn't want to.
she just have to. 

mistakes are sometimes the best memories .







Sunday, August 28

mungkinkah hatiku milikmu ?



Allah yang Maha Pemurah.. terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat yang indah yang boleh kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama,
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu,
Aku datang bersujud di hadapan-Mu,
Sucikan hatiku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya,
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku,
Gantikan damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah agar aku dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, Ya Allah..
Tolonglah satukan hati kami,
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerimanya seutuhnya,
Berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu

Allah yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bahagian hidupku, Ya Allah..
Amin..

Tuesday, July 19

AL-KISAH HANTU POKOK MANGGA .


hai , lame dah aku ta berblog and membebel kat sini kn . busy laa . tade mase jewp rase nk update update bnde ney . hahaa . 

peeps , i am a degree student now . byk yg berubah dah . da ta bole naughty naughty mcm dulu , da ta bole main main sgt da kn . tapi nk wt cmne kalau aku ney masih nk bernakal nakal kan diri . hahaa .
so , bermula laa kehidupan baru sebagai pelajar baru balek semula (ala ala saye budak baru belajar laa . hahaaa .) di UNISEL Shah Alam yg sgt sgt membosankan ney . (saye suke BJ !!)

duduk rumah baru , jumpe kawan baru , masuk kelas baru , kat blok yg lain pula tu , belajar subjek baru dengan keadaan budak kelas yg sgt ramai . (tp takde pula yg muke macam aaron aziz kn ?!) baru ingat boleh cuci cuci mate . cuci mate jewp laa . hahahaa . TETAP !!

aku duduk kat bilik ney dgn due org budak sengal yg sgt gilaa Cat miau miau n Didie si bumblebee . hahahahaa . name korang ta boleh blah kan kat sini , tp sweet kowt . aku reka khas sepenuh kasih syg lagi . :D

okeylaaa , nak dijadikan cerita tajuk kat atas ney berpunca dari aku jugak . gatal ! hahahaaa .
takdelaa , sebenarnyee niat nk menyakat Didie jewp sebab dye balek lmbat sgt so aku ng Cat takkan boleh tido slagi dye ta balek . risau laa konon ! cehh . hahahaaa .
so , aku pown text laa Didie tepat jam 1 pagi mcm tu . tanye if she going to sleep here or not , kul bape nk balek bagai laa kn . then she replied lagi setengah jam macam tu laaa . 

aku pown , dengan te semena mena terkeluar idea bongok sebelom tido nk menyakat dye . then aku ckp laa jangan balek lmbat lmbat sebab ade hantu kat pokok mangga depan rumah kitowg . smbil tu , mmg aku ngan Cat dah gelak mcm org gilaa ney . aku mmg taw mcm mane perasaan takot tu kn .
yelaa , korg cube bayangkan as if korg kat tempat org yg nk drive pg pg kul 2 3 tok balek rumah yg dah gelap , sume org dah tido and suddenly terpandang pokok mangga tu . 
kalau aku , sumpah aku ta balek rumah da time tu . hahahahaa . gilaa scary kowt . hahahaa .

then , aku dah membuatkan dye tergopoh gapah balek dengan kadar segera ta smpai stgh jam . hahahaa .
YES ! ta sangke aku berjaya kn . hahahahahaahaha . alaa , sebenarnyee takde niat pown tw nk wt cmtu . cume nk gurau gurau manje . tp sumpah kelakar sgt .
and akibatnyee , aku , cat n dd ta tido until nk 4 5 pagi dok bercerita pasal mcm mcm hantu .
hantu pokok mangga laa , hantu susu , hantu karipap , hantu sikat , hantu cermin , macam macam lagi laaa . hahahahahaha . sumpah paling ta boleh blah .
sudahnyee , aku sendiri pula jadi takowt atas bnde yg aku create , smpai terus batalkan niat aku yg nak amek buah kat pokok tu . hahahahaa . gilaa kau , tbe tbe betol ade hantu kan kt pokok tu , tak ke naye tu . hahahahahahaaa .


p/s : sorry didie . sumpah ta buat lagi dah utk minggu ney . maybe minggu depan hantu tangga pula sebab tangga rumah ney sgt scary kn . aku akan membeli lampu utk itu . hahahahahaa . ♥



Thursday, June 16

MAMA ♥

beloved mama , she's beautiful isn't she . (:
i love you mama . 

"Mama , you taught me everything and everything you've given me .
Mama , you were there for me to love and care for me .
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
You'll always be you always will be the girl
In my life for all times .

Mama , mama you know i love you 
Mama , mama you're the queen of my heart .
your love is like tears from the stars .
Mama , i just want you to know that loving you is like food to my soul ."


tepat jam 5 pagi , aku terjaga dari tidur lena ku . aku nampak mama menggigil kesejukan di atas katilnya , kebetulan , aku menjaga mama seorang diri hari itu di hospital . lantas aku capai selimut yg sudah terlerai di hujung kaki nyaa . aku selimutkan mama . mama nmpak selesa seperti itu .
aku berjalan ke hujung bilik , mematikan suis air-cond . lantas , kembali berbaring di sebelah mama . 
aku sempat merasa tubuh yg sedang terbaring lena itu . SEJUK . tapi pada ketika itu , fikiran ku hanya memikirkan rase mengantuk yg semakin menghimpit kepala , aku terus melelapkan mataku .
jam 7 pagi , aku tersedar sekali lagi . dan kali ini , aku benar benar sudah tidak mampu untuk melelapkan mata .

ku lihat , mama pucat . 

ku sentuh lagi tubuh nya , semakin sejuk .

aku baru teringat , 'OH , MAMA BELOM SARAPAN' . lantas aku terus membuat nestum dan secawan milo untuk mama .
mama begitu selera , lebih berselera daripada biasa ! 
cume aku hairan , mama tidak lagi respon pada panggilan ku . dan bila aku tanya 'mama okey ?' lambat lambat baru mama menjawab dengan gelengan berselang seli dengan anggukan .

APAKAH ? aku mula tidak sedap hati .
lantas ku panggil jururawat yg bertugas . 
dalam hati , tidak putus putus aku berdoa , semoga mama baik baik sahaja . 
aku pantas mendail no papa , ku suruh papa cepat dtg .
jururawat itu memandangku , dengan perlahan , mengatakan 'kitorg ta dapat detect pulse , tekanan darah pown rendah' 

aku semakin dihimpit hiba . YA ALLAH , dugaan Mu sekali lagi untuk kami . kuatkan lah mama YA ALLAH . setitis due titis air mata ku jatuh . pantas ku kesat .
setelah papa sampai , mama terus dibawa ke ruang kecemasan . di situ , mama mulai kelihatan tenat .
tangan ku pantas menaip papan kekunci telefon ku , meminta sedikit kekuatan dari insan yg mampu membantu ku itu . sejam , due jam . masih tidak BERBALAS . 

"KE MANAKAH KAU , SAYANG ? AKU BENAR BENAR MEMERLUKANMU ." hatiku berbisik setiap saat . 

mama semakin tenat .
pulse mama semakin tidak menentu .
80 , 76 , 78 , 80 , 76 , 60 . begitu drastik skali penurunan itu . aku memegang erat tangan mama .
berharap , mama merasakan kekuatan yg aku berikan kepadanya , kehangatan tangan ku yg benar benar memerlukan nya . benar benar aku harapkan mama dapat merasa kasih sayang ku ketika itu .
dan betapa aku terasa tidak kuat lagi untuk bertahan .
aku cube berlagak kuat , aku cube untuk membisikkan kalimah syahadah ke telinga mama , makin aku cuba merapatkan . makin deras air mata ini mengalir .

dan pada satu ketika , aku seperti merasakan mama memang benar benar akan meninggalkan kami semua . secare tibe tibe , mama menarik alat pernafasan dgn tgnnya yg lemah , dan cube mencapai tangan papa .
aku sudah tidak mampu untuk terus menahan air mata ku apabila melihat mama cube untuk berkata kata dalam penuh kepayahan . genggaman tgnya pada tgnku dan papa juga agak kuat daripada biase . 
YA ALLAH , APAKAH SEMUA INI ? sekali lagi hatiku berbisik .

dan pada saat itu , denyutan jantung mama semakin lemah dan doktor membuat keputusan untuk memasukkan mama ke dalam icu SEKALI LAGI . 
dan pada saat itu , sekali lagi jari jemari ini menghantar satu lagi pesanan kepada insan itu , aku benar benar hampir rebah . kekuatan di dada semakin menipis . 
dan sekali lagi itulah , masih tidak berbalas . aku dihimpit kecewa , ingin menangis . 
tapi ku fikirkan mama ketika itu . untuk apa aku menangis pada yang tidak sudi menghulurkan sedikit kekuatan untukku .

doktor memanggil papa ke tepi .
setelah lima minit , papa kembali ke bilik kecemasan dan memanggilku .
katanya , mama harus di bawa ke icu memandangkan keadaan mama semakin kritikal . tapi , peluang untuk mama terus bertahan 50-50 . 
aku tidak tahu mahu berkata apa lagi selain mengangguk tanda setuju . biarlah mama di situ . kerana di situ , mama lebih diperhatikan . getus hatiku .

langkah ku longlai , kembali ke bilik nilam , di mana di situ lah bilik mama sebelum ini .
perlahan lahan , aku capai telekung dan sejdah yang aku gantung di almari . ku bentangkan menghadap kiblat . usai berwudhuk dengan sempurna , aku tunaikan solat sunat due rakaat .
memohon kekuatan dari Yang Esa , terhinjut hinjut bahu ini menahan sebak .

'YA ALLAH , hanya Kaulah Yang Maha Berkuasa . aku berlindung di bawah kekuasaanmu dari segala perkara yang menyakitkan , dari segala kesedihan dan dari segala kejahatan . sesungguhnya Ya Allah , berikanlah ibuku sedikit kekuatan untuk terus bertahan , kuatkanlah juga kami untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal datang dariMu YA ALLAH . aku hanyalah hambaMu yang lemah . dan aku berserah kepadaMu Yang Maha Berkuasa. AMIN , AMIN , YA RABBIL ALAMIN' 
air mata ku tumpah lagi di situ . 

jam 11 pagi , mama dibawa ke icu . mama semakin tenat .
kehadiran cat sedikit sebanyak melegakan hati ku , ku genggam erat tangan gadis itu sepanjang dia di situ .
terasa seperti mahu menangis di bahunya , mengingatkan yang aku perlu kuat untuk papa , aku menghalang diriku . 

aku masih menanti di hadapan bilik icu itu . dengan harapan , mama will be fine . 
12 tgh hari , 1 tgh hari , 2 tgh hari , 3 ptg , 4 ptg , 5 ptg .
aku masih setia di situ . 
sehinggalah jam 6 ptg . 
doktor keluar . minta aku berjumpa dgnnya sebentar sebab papa tiada di situ .

DAMMMMMMM ! aku terasa seperti dihimpap dinding konkrit yg berat .
infection mama berpunca dari perut dan sekarang sudah mengalir dalam darah mama , mmg agak tipis untuk sembuh . mama 50-50 .

YA ALLAH , sekali lagi aku rasakan diri ini begitu kerdil dan lemah di hadapanMU . 

perut mama perlu di scan untuk memastikan benarkah infection itu dtgnya dari situ . dan jika benar , mama harus dipindahkan segera ke hospital melaka . 

jam 8.30 malam , mama di bawa ke bilik scanning .

aku masih di sisi papa , menemaninya sambil tangan nya ku genggam . 
papa nmpak sgt sedih .
ingin aku kuatkan papa , tapi bagaimana ? aku sendiri semakin lemah , dan kerap kali air mata ini ingin tumpah membasahi pipi .

jam 9 malam , mama keluar dari bilik scanning . di bawa semula ke bilik icu .
ternyata , infection itu , tidak datang dari perut . and ternyata , doktor sendiri tidak tahu dari mana datangnya infection itu . 
sedangkan , mama tidak mengalami sebarang masalah appendix . 
besarnya kuasa Allah , tidak ada siapa yang tahu .

sekali lagi doktor itu memanggil papa ke tepi . kali ini , aku mendengar dengan jelas setiap butir bicara nya .
"tuan , i'm so sorry . we tried to find the infection but there's nothing we found . kalau hantar pergi hospital melaka sekali pun , they can do nothing . her blood pressure keep on crashing , she's not that stable by this time . there's seriously nothing we can do instead of giving drugs . but , it also have limits . we'll try our best "

papa diam . lama .
"it's okay , just do anything to save her please ." akhirnya papa bersuara .

ku lihat doktor itu menepuk nepuk bahu papa perlahan . 

jam 9.30 malam . aku dibenarkan masuk untuk membaca yassin . 
begitu berat sekali kaki ini ingin melangkah masuk . dan semakin berat bibir ini untuk melafazkan bait bait suci al-quran itu . kerana aku tahu , hati mama pasti sayu mendengarkan nya .

perlahan , satu persatu ayat suci itu ku lontarkan . sambil itu , mataku tidak henti henti memandang denyutan jantung dan bp mama di skrin .
47 , 46 , 43 , 42 , 40 . dan semakin tidak menentu .
aku sebak . namun ku teruskan juga bacaan ku . 

tibe tibe bacaan ku terhenti , ku pandang wajah mama . 
ade setitik dua air mata yg mengalir di pipi nya . ku keluarkan tisu dari poket seluarku . perlahan lahan air mata itu ku kesat . 
ku kucup perlahan pipi mama . 'ceya sayang mama , mama . please kuat for us'  ku bisikkan perlahan di telinga mama .
air mataku tumpah lagi , dan kali ini cepat cepat aku kesat .

belum sempat aku habiskan bacaan ku , denyutan jantung mama semakin menurun dengan mendadak .
dan tiba tiba bacaan nya sudah tidak dapat ditentukan lagi .
YA ALLAH . 

doktor datang . meminta aku ke tepi .
ketika itu , air mata sudah tidak dapat lagi aku bendung . yang ku tahan tahan dari tadi akhirnya terhambur keluar . ku peluk erat tubuh adikku .

tepat 10 malam , mama pergi mengahadap Ilahi , meninggalkan kami semua .



sebelum mama masuk bilik bedah . 



third day , masuk darah 2 pain cos mama ta cukup darah .


YA ALLAH , betapa aku akan merindukan mama selepas ini . betapa aku akan merindukan gelak tawa nya , usapana dan belaian lembutnya , segala-galanya tentang mama . YA ALLAH , kuatkanlah hambaMU ini . kuatkanlah aku YA ALLAH .

YA ALLAH , tempatkan mama di kalangan hambaMU yg beriman dan disayangi MU . ampunkan lah segala dosa dosa mama . jauhkan mama dari segala siksaan kubur , dan jauhkan mama dari azab seksa api nerakaMU . 


p/s : kepada anda di luar sana yg masih mempunyai mama , hargailah ibu anda . 
sesungguhnya , jangan lawan ckp mereka , jangan derhaka kepada ibu anda , kerana kita sendiri tidak tahu untuk berapa lama insan bernama ibu itu akan terus bernafas di sisi kita . dan kita juga tidak tahu untuk berapa lama kita akan mampu terus berbakti kepada mereka .

aku tidak pernah merasa menyesal , dan aku bersyukur kerana aku telah diberi peluang untuk berbakti kepada mama sewaktu hidupnya , sewaktu sakitnya . meski pun tidak terbalas semua jasa jasa mama kepadaku , aku telah menjaga mama seikhlas hatiku , tanpa sedikit rungutan dan juga tanpa sedikit dengusan .
semoga dosa dosa lampau ku kepada mama telah mama ampunkan .

i'll be loving you forever mama . <3




Sunday, May 22

DIA TERHEBAT . ♥




she was named by Aniza Ayob . (:
she was the best friend i ever had in my life .
dye laa jantung hati saya , buah hati saya , buah pinggang , paru paru and mcm mcm organ dlm badan lagi laa . hahaa , nmpak kan betape penting seorang perempuan ney dalam hidup aku . (:

dye adalah yg terhebad aku penah kenal slame hidup aku . and smpai skang , there's always be her . 
walau berjuta kwn kwn pown aku ade , takkan sama macam kau niza . (:

dye ade di saat aku senang , bergelak ketwa bersame same .
and dye juga ta penah hilang di saat aku susah . menemani aku sepanjang mase and turut sama menangis bile aku menangis .

dye buat aku tersenyum , tertawa and kadangkala menangis . 
dye laa yg mengajarkan aku erti kehidupan di dunia ini .
kau sebahagian dari hidup aku , niza . (:
aku akan sentiase sayang kau , sebab hanya kau laa yg selalu faham aku , walaupown kau kdg kdg degil , ta dengar ckp aku , tp aku tetap syg kau smpai mati . 

terima kasih sebab sentiase ade kat sisi aku susah senang , sepanjang kite berkwan ney . and insyaAllah , kau laa sahabat aku dunia akhirat . amin . 




p/s : aku sayang kau wehh . aku tulis ney pown nk menitik air mata aku . hahaahaa . :D

Friday, May 20

SUKA , SAYANG DAN CINTA





Saat kamu MENYUKAI seseorang , kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri . 
Saat kamu MENYAYANGI seseorang , kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri . 
Saat kamu MENCINTAI seseorang , kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu .

Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya , "Bolehkah aku menciummu ?" 
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya , "Bolehkah aku memelukmu ?" 
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya .



SUKA adalah saat ia menangis , kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis ."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya .
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata , "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "    

SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata , "Ia sangat cantik/tampan dan menawan ."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu .
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata , "Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."     

Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu , maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya . 
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu , kamu akan menangis untuknya .
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu , kamu akan berkata , "Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."    

Pada saat kamu suka padanya , kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu . 
Pada saat kamu sayang padanya , kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH .
Pada saat kamu cinta padanya , kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus .     

SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan . 
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan . 
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu .     

SUKA adalah hal yang menuntut . 
SAYANG adalah hal memberi dan menerima . 
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela .




once again .





i miss you . again and again .
and now , its getting hurt me inside .
~how are you , b ? I've been missing you so much lately . i miss your voice , i miss your touch , i miss your kiss ,and obviously i miss everything about you . is everything okay , b? how's your life going ? aren't you miss me like i did ? haven't you think about me every night ? don't you miss my voices ? won't you give me a goodnight wish , a goodmorning kiss and a lovey dovey caring messages in the evening ? don't you care anymore ? or don't you love me anymore ?~

hmm . im getting to miss you a lot and it wont stop , b . :(


yeah , it seriously do kills me inside . somebody , pleasee pleasee plaseee , kill me . :(

i miss him so much . 
so , maybe sometimes we fight , argue & get jealous off of anything . yes , we're not perfect . what really matters are the endless midnight conversation over the phone , for all the time we laughed just because a lil' silly things , for all the sweet songs that remind us of each other , for every movies that we watched together && every single thing that always make we miss each other . and now i wish we could turn back time because it just moved too fast than we could ever imagine .
emm , i just miss you so much b . my world is dark without you . 

the facts about 'anak kedue' :D



MANJA
apa apa pown anak kedue ney sgt sgt manja okey . ape ape pown mesti menebeng kat papa o mama dye . and kalau ade bf , mmg letih la bf nk layan kemanjaan dye tu .


DEGIL
anak kedua juga dikatakan degil and agk keras kepala sebenarnya . kadang kadang semuanya yg dye buat tu , sume betol . ape ape jewp dye nak , dye akan dapatkan jugak . kalau dye tak nak , tak nak laa jawabnyee yee . and kalau nak pujuk tu , kene betol dengan cara nyee baru laa jalan . kalau tak , kirim salam ye . :D


SUCKZ PASAL PUJUK MEMUJUK
fakta mengatakan anak kedue ney tak pandai bab pujuk memujuk ney . lagi lagi if bf/gf dorg merajuk . mmg botak laa kepala nk pk cmne nk pujuk pujuk ney . so , bf/gf anak kedue , jgnlahh kuat merajuk tw . 


SANGAT SETIA
kalau bercinta . inilah orang nya ya . anak kedue ney sgt setia dalam bercinta and dye sggup berkorban apa saja yg dye ade asalkan pasangan dye bahagia . 


LEMBUT HATI
walaupown keras kepala , hati ank kedue ney sgt laa lembut . and dye senang tersentuh dgn ape juga bnde sekeliling dye . satu lagi , kalau nk tegur kesalahan diorg ney , tegur laa baek baek , sbb mereka ney senang terasa okey . and nanti mule laa tarik muke sikit . heee .


BERDIKARI
very independent okay . ye , mmg betol 100% . campaklah dorg kat mane pown , mmg boleh hidup . dorg boleh bergaul easily , then senang dpt kawan sebab sgt peramah and periang . kalau tercampak kat hutan sorg sorg pown boleh berkawan dgn binatang binatang kowt kan . hahahaa .


PEMAAF AND CARING 
tak dinafikan , anak kedue ney sgt pemaaf and caring orangnyaa . korg buat laa ape ape pown kat diorang , mmg diorang akan kecewa dgn korg , tapi percaya laa , bile korg mintak maaf , diorang akan maafkan korg and okey balek mcm biase . heee .
lagi satu , ingatlaa , jgn wat diorg marah , sbb bile depa ney pissed off , hahh , klcc bole roboh wehh . :D


DRESS UP
mereka ney sukakan something yg catek and sentiase nk nmpak up to date . so , jgn heran laa bile dorg boleh bershopping smpai 10 jam lame nyew tp hanya beli due tige barang . hahaa . sbab diorang nk yg paling baik dari terbaik . :D


p/s : act , aku pown anak kedue jugak ouhh . but , aku rase aku takdelaa degil sgt and keras kepala tu , cume kdg kdg bile perlu , aku akan buat cmtu . tp , aku baik , aku baik .
ta caye , p tnye papa n mama . (;
so , sape sape anak kedue , kite geng . yeay !



Thursday, May 19

the guides . (:



hari ney rase terpanggil utk menulis sebab dah ramai sgt laa member member aku yg kebelakangan ney dok break up sane sini (ckp org lebih kan) hahaa . so , sepanjang hidup aku (20 tahun ney) tipulah kalau aku ckp ta penah mengalami beberape break up(s) okey . and kebanyakannye tyme tu masih kanak kanak and tak matang kan . (so , kau nk ckp kau matang sgt ke skang ney shira hah ? hahaa .) alhamdulillah , aku matang dah skunk ney . :D

tak keysa laa pape pown yee . sebenarnya , break up tu memeritkan oke . and seriously , no one would be fine if they had to lose someone they love right ? ya ya ya , aku faham sume tu oke , mmg lah sedih . tapi pape pown , bak kata member aku , life's go on . nak ta nak , suke ta suke , kene face jugak this situation . (:

hahahaa , okelaa , aku tanak laa membebel pjg pjg kat sini yg sepatah haram pown aku ta faham juga sebenarnya kan . hee . so , this are some of ways to survive your brokenheart . hee .


crying out loud .
hahaa . seriuosly , bende ney sgt sgt lah membantu korang oke . it's good to express your feeling and yourself and let all the sadness and you anger out . tapi jangan laa melampau sgt smpai teresak esak mcm mati laki kan . hahaa .

tell someone you trust about it .
ney penting kowt bg sesetengah org . mungkin cara cmney bole tolong korang relaks kan diri and tenang sikit . atleast , bile korang cite kat someone , korang rase lega sikit . and yg penting kene ingat , jgnlahh buruk burukkan ex korg tu . sbab dah tentu korg pown ade keburukan korg jugak kn . oke , bile dah puas tu , STOP ! STOP TALKING ABOUT HIM/HER ! STOP DROPPING HIS/HER NAME IN YOUR CONVERSATION ! kalau dah tade org nk bercerita , ingatlah . Allah ada . berdoalah oke . (:

listening to sad songs
mase ney laa korg bole dok dengar lagu lagu tgkap leleh bagai kan . mase ney kalau nangesh pown , korg bole salahkan lagu tu , sbab sedih sgt kn . betol tak ? hahaaa . then yg paling sadis , tyme tu laa sume channel radio nak pasang lagu sedih yg ala ala UNBREAK MY HEART gitu , yg sume buat korg rase nk terajang radio tu sesatu kan . hahahaa . saba saba , seriously , aku penah rase cmney . hahaa .

change routine
sumpah ney susah nk buat kan ? hahaa . yelaa , tiap tiap malam gayot , tiap tiap saat bersms , setiap minit bgtaw buat ape kn , smpai kdg kdg dlm jamban pown bole dok txt txt bgtaw tgh buat ape kn ? 
takpe takpe , try tukar rutin korg tu , try buang pelan pelan . kalau dulu tido pown smpai dgn fon kat tgn , cube baling fon tu jauh jauh sikit kan . takpown , off jewp fon tu . (mcm aku tbe tbe pula fon rosak kn)
tapi , makesure , jgn biarkan kososng , isi lah dgn something yg te pernah buat ke , mungkin tbe tbe korg pegi bake cupcakes yg comei comei kew kn . hee . it's surely help . (:

give time to yourself and her/him
okey , sbenarnye kdg kdg breakup tu adalah utk korg munasabah diri korg sendiri , pk mane betol , mane salah .ubah sikap korg yg menyakitkan tu , and makesure korg learn a lesson from semua tu . kalau perlu pujuk , pujuk lah , tapi bg laa mase dulu kat diri masing masing dulu . atleast smpai korg due due dah betol betol okey n ready tok mulekan skali lagi . bukan ke second tyme would be better than the first time . (:

and , lastly ... jengjengjeng . :D

happy song time ! 
hahaa , akalu tadi kan asyik dengar lagu lagu sedih jewp kan . smpai bilee laa agk nya korg nk recover gitu .
so , try laa delete delete laa sume lagu lagu sedih dlm fon tu and download laa lagu Teletubies kew , lagu Happy Tree Friends kew . kn ? baru laa korg terase seperti di zaman knk knk ribena sikit . dok gitu ? hahahaa .


ape ape pown , hope u guys enjoy reading this . act , aku dpt pown dari google search bnde alah ney . so , tuka tuka laa ayat sendiri kan . heee .



saket hati ini . grr~

uwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa , aku bengang gilaa ney .
ciss , berdebah betol laa amoi saloon wendy td tu . haaaa , kau siot kau siot kau siot . :(
cite dye cmney , aku laa gatal gatal nk pegi pendekkan sikit rmbut depan yg da masuk masuk mata ney . 
so , td sementare tggu adik aku print print projek spm dye , aku pown sggh laa ke saloon dekat dekat situ .
dah terang benderang kowt ckp nk potong depan sikit .
hah , tbe tbe dye bantai potong blakang skali , smpai agk penedek jugak laa rmbut aku dari yg asal . grrr .
tapi atleast aku bersyukur dye layered kan rmbut aku .
kalau dye potong bob td , mmg aku nanges kat situ .
and mmg aku suh dye smbung kan balek rmbut aku yg dye potong tu .

ishh , marah nyeee aku . :(
taw ta , smpai skang ney aku rase nyesal pegi potong rambut ari ney .
kalau aku tw dye nak tarah rambut aku smpai pendek , sumpah aku ta potong . bia jewp laa rmbut depan tu smpai kat dagu skali pown . grr grr .
marahnyeeeeeeeeeeeee . :((


so , inilah hasil karya seni amoi sengal tadi tuh !



nmpak kan muke aku yg terpakse senyum tuh . hahaaaa .
haish , rambut . cepat cepat laa panjang ye . :(