Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan , dua tangan untuk memegang , dua telinga untuk mendengar dan juga dua mata untuk melihat . terfikir atau tidakkah kita , mengapa Allah hanya mengurniakan sekeping hati sahaja untuk kita ? ini kerana Allah Maha Berkuasa dan memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya . itulah namanya cinta . (:dalam percintaan , jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal sekiranya kita masih mahu mencuba . jangan sesekali menyerah jika kita masih merasa sanggup untuk menghadapi segala kemungkinan . jangan sesekali mengatakan bahawa kita tidak mencintainya lagi jika kita masih tidak dapat melupakannya .
cinta itu datang kepada setiap manusia normal . cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun telah dikecewakan . kepada mereka yang masih percaya walaupun telah dikhianati dan kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun telah disakiti sebelumnya .
JANGAN simpan kata kata cinta pada seseorang sehingga dia meninggal dunia dan ketika itu , kita hanya mampu mencatatkan kata kata cinta itu pada pusaranya . sebaliknya , selagi kita mampu ucapkanlah kata kata cinta itu sepanjang hayat .
CINTA itu dapat merubah yang pahit kepada manis , debu menjadi emas , keruh menjadi bening , sakit kepada sembuh , penjara menjadi syurga , derita bertukar nikmat dan kemarahan menjadi rahmat jika mereka sedang bahagia .
CINTA juga dapat membuat orang yang sihat menjadi sakit , orang yang gemuk menjadi kurus , orang yang normal menjadi gila , kaya berubah miskin dan raja menjadi budak jika mereka dikecewakan .
kuasa cinta sangat hebat .
lemparkanlah seorang yang bahagia bercinta ke dalam laut , pastinya dia akan keluar membawa seekor ikan bersamanya .
lemparkanlah pula seorang yang gagal bercinta dan sedang kemurungan ke dalam gudang roti , percaya atau tidak , pasti dia akan mati kelaparan . (:
kata orang cinta itu buta ,
cinta sebenarnya tidak . (:
cinta itu adalah sesuatu yang murni , luhur dan lahir dari hati yg paling suci .
yang membuatkan cinta itu buta apabila manusia dikuasai cinta dan menjadikan mereka hilang pertimbangan .
~THE END~
No comments:
Post a Comment